WEBINAR PEMASARAN DIGITAL EKELAS USAHAWAN
| Tarikh : 18 Julai 2025 Masa : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Usahawan |
Tujuan
Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan dan teknik pemasaran digital dalam era moden. Ia membantu usahawan memahami penggunaan teknologi serta platform digital untuk meningkatkan daya saing perniagaan, di samping mempelajari strategi komunikasi digital yang lebih berkesan.
Aktiviti
Membincangkan tentang Strategi Pemasaran Digital dengan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepelbagaian medium dalam talian seperti media sosial, laman web, e-mel, enjin carian dan aplikasi mudah alih, di samping menghuraikan kaedah praktikal yang boleh diaplikasikan bagi memperluas capaian pelanggan serta meningkatkan keberkesanan pemasaran perniagaan mereka.Webinar secara dalam talian.