| Tarikh : 18 Julai 2025 Masa : 02.00 Petang– 03.00 Petang Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Usahawan |
Tujuan
Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan dan teknik pemasaran digital dalam era moden. Ia membantu usahawan memahami penggunaan teknologi serta platform digital untuk meningkatkan daya saing perniagaan, di samping mempelajari strategi komunikasi digital yang lebih berkesan.
Aktiviti
Memberi penekanan kepada Asas Komunikasi Digital dengan menjelaskan evolusi media dalam dunia pemasaran. Peserta didedahkan tentang bagaimana perubahan media mengubah cara interaksi bersama pelanggan serta diberikan panduan untuk menyesuaikan strategi komunikasi agar lebih sesuai, relevan dan berkesan dalam persekitaran perniagaan masa kini..Webinar secara dalam talian.
