mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI:TINY TECHIES (PYTHON,HTML & SQL) KELAS ULANGKAJI SEKOLAH MENENGAH

Tarikh      : 31 Januari 2026
Masa       : 03.00 Petang– 04.00 Petang
Lokasi     : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik
Peserta   : Pelajar

Tujuan
Program Python, HTML & SQL (Untuk Sekolah) dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang asas pengaturcaraan dan pembangunan teknologi digital yang relevan dengan keperluan pendidikan masa kini. Program ini bertujuan untuk menyediakan asas kemahiran teknologi sebagai persediaan ke arah pembelajaran lanjutan dan kerjaya digital.Memperkenalkan murid kepada bahasa pengaturcaraan Python, HTML dan SQL secara berperingkat.Meningkatkan kemahiran pemikiran logik, penyelesaian masalah dan pemikiran komputasional.Memberi kefahaman asas tentang pembangunan laman web dan pengurusan data.Menyokong pembelajaran STEM dan Literasi Digital dalam kalangan murid sekolah.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah:

Pengenalan kepada Pengaturcaraan
Pendedahan konsep asas seperti algoritma, logik dan struktur arahan.

Asas Python
Aktiviti penulisan kod mudah seperti pemboleh ubah, input/output, syarat (if-else) dan gelung (loop).

Pembangunan Laman Web Asas (HTML)
Murid membina laman web ringkas menggunakan teks, imej, senarai dan pautan.

Pengenalan Pangkalan Data & SQL
Murid mempelajari konsep data, jadual dan arahan asas SQL seperti SELECT, INSERT dan UPDATE.

Aktiviti Hands-On & Latihan Praktikal
Murid melaksanakan tugasan kod secara individu atau berkumpulan dengan bimbingan fasilitator.

Projek Mini
Penghasilan projek mudah seperti laman web sekolah, sistem rekod pelajar ringkas atau aplikasi Python asas.

Pembentangan & Refleksi
Murid membentangkan hasil projek dan berkongsi pengalaman pembelajaran.

Gambar Di sini