mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI :TINY TECHIES (MICRO:BIT & ROBOTIK) KELAS ULANGKAJI SEKOLAH RENDAH

Tarikh      : 31 Januari 2026
Masa       : 02.00 Petang– 03.00 Petang
Lokasi     : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik
Peserta   : Pelajar

Tujuan
Program Tiny Techies Tiny (Micro:bit & Robotik) dianjurkan bagi memperkenalkan peserta kepada asas teknologi pengaturcaraan dan robotik secara menyeronokkan dan interaktif. Program ini bertujuan untuk melatih peserta bekerja secara berpasukan serta membina keyakinan diri melalui aktiviti praktikal.Mendedahkan peserta kepada penggunaan Micro:bit sebagai alat pembelajaran teknologi.Memupuk kemahiran pemikiran komputasional, kreativiti dan penyelesaian masalah.Menggalakkan minat awal terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah:

Pembentangan & Refleksi
Peserta berkongsi hasil projek dan pengalaman pembelajaran mereka bersama fasilitator.

Pengenalan Micro:bit & Robotik
Peserta diperkenalkan dengan fungsi asas Micro:bit, sensor, butang dan komponen robotik.

Asas Pengaturcaraan Visual
Aktiviti menggunakan perisian pengaturcaraan blok (block-based coding) yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Aktiviti Hands-On Micro:bit
Peserta mencipta projek mudah seperti paparan LED, bunyi, pengesan pergerakan dan kawalan butang.

Pembinaan & Kawalan Robot Ringkas
Peserta membina robot asas dan memprogram pergerakannya seperti bergerak ke hadapan, berpusing dan berhenti.

Cabaran Mini Robotik
Aktiviti berbentuk permainan seperti laluan halangan atau tugasan mudah bagi menguji kefahaman peserta.

Gambar Di sini