Tarikh : 01 DISEMBER 2024 Masa : 10.00 Pagi – 100 Petang Lokasi : NADI GERIK Peserta : LEPASAN SPM |
Tujuan
Program “Panduan Mengisi Borang Pekerjaan” dianjurkan bertujuan membantu peserta memahami cara mengisi borang pekerjaan dengan betul dan profesional. Ia diadakan untuk menyediakan peserta dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk permohonan pekerjaan, termasuk cara menjawab soalan dengan tepat, memberikan butiran peribadi yang relevan, dan menampilkan diri sebagai calon yang kompeten.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah, membimbing peserta cara mengisi borang pekerjaan dengan tepat dan menekankan elemen penting seperti penulisan pengalaman kerja, kelayakan akademik, dan kemahiran.