Tarikh : 14 DISEMBER 2024 Masa : 09.30 Pagi – 1.00 Petang Lokasi : NADI GERIK Peserta : KOMUNITI |
Tujuan
Program pemeriksaan kesihatan kendiri percuma kini dibuka untuk ahli NADI Gerik dan kawasan sekitar. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan serta memberikan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti. Pemeriksaan awal mampu mengenal pasti risiko seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah, dan kolesterol tinggi, sekaligus membantu mencegah komplikasi melalui rawatan yang lebih efektif
Aktiviti
Program ini menyediakan peralatan saringan kesihatan kendiri bagi komuniti untuk memeriksa tekanan darah, BMI, gula, dan kolesterol secara mudah. Petugas akan membantu, merekodkan keputusan, dan mengesyorkan rawatan di klinik jika ada bacaan yang tidak normal.