mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI 2026:TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL (NADI X KESEDARAN KEMPEN INTERNET SELAMAT)

Tarikh     : 19 Januari 2026
Masa       : 10.30 Pagi– 12.00  Tengahari
Lokasi     : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik
Peserta   : Komuniti

Tujuan
Taklimat Pengasuhan Digital ini bertujuan memperkasa peranan ibu bapa dan penjaga dalam melindungi serta membimbing anak-anak dalam penggunaan internet dan teknologi digital secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Program ini meningkatkan kesedaran tentang risiko dalam talian serta kepentingan pemantauan, komunikasi dan bimbingan berterusan bagi mewujudkan persekitaran digital yang selamat untuk keluarga.

Aktiviti

Taklimat kesedaran pengasuhan digital secara atas talian (Google Meet).Penerangan tentang risiko dan ancaman dalam dunia digital terhadap kanak-kanak.Perkongsian peranan ibu bapa dalam pemantauan dan kawalan penggunaan internet.Pendedahan amalan keselamatan internet dan penggunaan peranti secara berhemah.Perbincangan kaedah membimbing anak menggunakan teknologi secara positif.Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama peserta

Gambar Di sini