| Tarikh : 05 Mac 2026 Masa : 02.00 Petang– 03.30 Petang Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Program Cybersecurity ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap ancaman serangan malware yang boleh menjejaskan keselamatan peranti serta data peribadi. Webinar bertajuk “Bahaya Serangan Malware” memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai bentuk malware yang sering berlaku dalam dunia digital masa kini.
Melalui sesi ini, peserta turut didedahkan dengan contoh serangan seperti trojan yang menyamar sebagai perisian biasa, tetapi sebenarnya berfungsi untuk mencuri maklumat, merosakkan sistem atau memberi akses kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Program ini bertujuan membantu peserta memahami risiko tersebut serta meningkatkan tahap kewaspadaan ketika memuat turun fail, memasang aplikasi dan melayari internet dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Peserta menyertai webinar secara dalam talian bertajuk “Bahaya Serangan Malware”.Penerangan mengenai definisi serta jenis-jenis malware.Perkongsian contoh serangan malware yang kerap berlaku.Pendedahan tentang malware jenis trojan serta cara ia menyerang sistem pengguna.Penerangan mengenai kesan serangan malware terhadap peranti dan data peribadi.Perkongsian langkah-langkah pencegahan untuk melindungi peranti daripada jangkitan malware.Sesi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman peserta mengenai keselamatan siber
