| Tarikh : 12 Februari 2026 Masa : 03.00 Petang– 04.30 Petang Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber khususnya berkaitan fail berbahaya atau virus yang sering tersebar melalui e-mel, media sosial, pautan tidak dikenali dan muat turun atas talian.Webinar ini bertujuan memberi pendedahan tentang ciri-ciri fail mencurigakan, teknik mengenal pasti kandungan berisiko serta langkah pencegahan awal bagi mengelakkan peranti daripada dijangkiti malware. Selain itu, program ini membantu peserta menjadi pengguna digital yang lebih berwaspada, bertanggungjawab dan celik keselamatan siber dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Penerangan asas mengenai jenis-jenis virus dan malware.Perkongsian contoh fail mencurigakan seperti lampiran e-mel dan pautan palsu.Demonstrasi cara menyemak sambungan (extension) fail yang berisiko.Panduan mengenal pasti mesej scam dan teknik social engineering.Tips penggunaan antivirus dan amalan keselamatan siber yang betul.Sesi soal jawab secara langsung bersama penceramah.
