| Tarikh : 9 Januari 2026 Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan kendiri dalam kalangan remaja dan belia yang aktif bermain permainan digital seperti MLBB, Roblox dan Genshin Impact.Menghubungkan konsep permainan digital dengan pembangunan kendiri, motivasi dan pengurusan emosi.Membimbing peserta untuk mengenal pasti potensi diri dan cara untuk “level up” dalam kehidupan sebenar melalui pendekatan neuroscience.Menyediakan ruang interaktif untuk peserta berkongsi pengalaman dan cabaran dalam dunia digital serta kehidupan harian.
Aktiviti
Sesi Ceramah Interaktif disampaikan oleh Cik Jasmine Hazel Mohd Nasir .Topik: “Apa kaitan otak, emosi dan game?”.Penerangan tentang apa yang berlaku dalam otak ketika bermain permainan digital.Perkongsian kesan positif dan negatif gaming terhadap emosi, fokus dan motivasi.Ruang terbuka untuk peserta bertanya dan berkongsi.Moderator bantu kaitkan dengan topik kesejahteraan kendiri
