| Tarikh : 25 Januari 2026 Masa : 10.30 Pagi– 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Program NADI e-Sukan bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang realiti sebenar dunia e-sukan yang menuntut disiplin, pengurusan emosi, komitmen tinggi serta keupayaan mengekalkan prestasi, di samping menangani tekanan mental dan persepsi masyarakat.
Aktiviti
Menonton kelas kesedaran e-sukan secara atas talian.Penerangan realiti e-sukan kompetitif dan cabaran pemain.Perkongsian pengurusan tekanan mental, disiplin, latihan dan masa.Perbincangan persepsi masyarakat serta keseimbangan e-sukan, akademik dan kehidupan sosial.
