| Tarikh : 17 Januari 2026 Masa : 10.30 Pagi– 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Program NADI e-Sukan bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan etika dan sikap profesional dalam dunia e-sukan. Melalui kelas kesedaran atas talian “Etika & Sikap Pemain E-Sukan”, peserta didedahkan dengan nilai murni seperti disiplin diri, semangat kesukanan, sikap saling menghormati dan kawalan emosi. Program ini juga bertujuan membentuk pemain e-sukan yang beretika, bertanggungjawab dan berintegriti bagi melahirkan sahsiah positif serta imej e-sukan yang baik dalam masyarakat.
Aktiviti
Penyertaan kelas kesedaran e-sukan secara atas talian.Penerangan mengenai etika dan kepentingannya dalam e-sukan.Perbincangan sikap positif seperti disiplin, fokus dan kerja berpasukan.Pendedahan tingkah laku negatif yang perlu dielakkan.Penekanan semangat kesukanan dan profesionalisme ketika menang atau kalah.Sesi refleksi dan soal jawab
