| Tarikh : 9 Januari 2026 Masa : 10.00 Pagi– 1.00 Petang Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan belia mengenai potensi e-sukan sebagai bidang kerjaya yang sah dan berkembang pesat.Memberi pendedahan awal tentang struktur, etika dan peluang dalam dunia e-sukan yang profesional.Membimbing peserta untuk memahami perbezaan antara bermain secara santai (hobi) dan menyertai e-sukan secara kompetitif.Membentuk sikap positif terhadap pengurusan masa, disiplin, dan keseimbangan antara akademik dan minat dalam e-sukan.
Aktiviti
Pengenalan E-Sukan: Evolusi & Realiti Semasa.Penceramah berkongsi sejarah ringkas e-sukan, perkembangan global dan situasi semasa di Malaysia.Tayangan video pendek tentang kejayaan atlet e-sukan tempatan dan antarabangsa.Sesi Interaktif: “Hobi atau Kerjaya?”Perbincangan dua hala bersama peserta tentang persepsi mereka terhadap permainan video.Aktiviti undian langsung (poll) untuk mengenal pasti tahap minat dan pengetahuan peserta.Struktur Program E-Sukan BerstrukturPenerangan tentang laluan kerjaya dalam e-sukan: pemain profesional, jurulatih, penganalisis, pengurus pasukan, dan pengurus acara.Pengenalan kepada organisasi dan kejohanan e-sukan rasmi di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.Simulasi Mini-Tournament (Opsyenal).Aktiviti berbentuk pertandingan ringkas (friendly match) antara peserta untuk memberi pengalaman asas suasana kompetitif.Penekanan kepada etika permainan, komunikasi berpasukan dan semangat kesukanan.Perkongsian Pengalaman oleh Atlet/Penggiat E-Sukan.Sesi soal jawab terbuka bersama peserta.
