mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026 KIDSVENTURE WEBINAR ATAS TALIAN :PELAN PERNIAGAAN MINI 1

Tarikh      : 10 Januari 2026
Masa       : 10.00 Pagi– 1.00  Petang
Lokasi     : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik
Peserta   : Usahawan Cilik

Tujuan
Program Kidventure: Kidsventure Webinar – Business Idea & Mini Business Plan dianjurkan bagi memberikan pendedahan awal kepada peserta tentang dunia keusahawanan secara asas dan sistematik. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada konsep model perniagaan serta peranannya dalam membentuk dan membangunkan idea bisnes yang kukuh. Pengenalan kepada alat perancangan seperti Business Model Canvas (BMC) membolehkan peserta memahami bagaimana sesebuah idea boleh dirancang, dinilai dan dikembangkan secara teratur. Di samping itu, program ini turut mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal dalam merangka pelan perniagaan mini yang praktikal dan berpotensi untuk direalisasikan.

Aktiviti

Peserta mengikuti webinar Kidsventure secara atas talian melalui platform digital yang interaktif.Penceramah memberikan penerangan tentang asas model perniagaan dan peranannya dalam dunia keusahawanan.Peserta diperkenalkan kepada Business Model Canvas (BMC) sebagai alat penting dalam merancang strategi bisnes.Penjelasan diberikan tentang bagaimana BMC dapat membantu menyusun dan mengembangkan idea perniagaan dengan lebih sistematik.Peserta didedahkan kepada contoh-contoh penggunaan BMC dalam membina idea bisnes dan merangka pelan perniagaan mini.

Gambar Di sini