KAUNTER SSM
| Tarikh : 18 DISEMBER 2025 Masa : 10.00 Pagi – 01.00 Petang Lokasi : NADI GERIK Peserta : KOMUNITI |
Tujuan
Memberi kemudahan kepada usahawan dan bakal usahawan untuk mendapatkan perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara setempat.Membantu orang awam memahami prosedur pendaftaran dan pengurusan perniagaan yang sah dan teratur.Menggalakkan pendaftaran perniagaan secara rasmi bagi meningkatkan kredibiliti dan kelangsungan perniagaan.Memberi khidmat nasihat berkaitan pengemaskinian dan penamatan perniagaan mengikut garis panduan SSM.Menyokong pembangunan keusahawanan komuniti setempat melalui perkhidmatan digital dan fizikal di NADI.
Aktiviti
Pembukaan Akaun E-Bizz SSM
- Membantu peserta mendaftar akaun E-Bizz untuk urusan perniagaan secara atas talian.
Pengesahan Akaun SSM
- Proses pengesahan identiti pemilik perniagaan bagi mengaktifkan perkhidmatan SSM sepenuhnya.
Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
- Membantu usahawan memperbaharui lesen perniagaan yang hampir tamat tempoh.
Kemaskini Maklumat Perniagaan
- Perubahan nama perniagaan, alamat, jenis perniagaan atau maklumat pemilik.
Penamatan Perniagaan
- Memberi panduan dan bantuan untuk menamatkan perniagaan secara sah mengikut prosedur SSM.
Khidmat Nasihat & Soal Jawab
- Sesi penerangan ringkas dan konsultasi berkaitan urusan SSM dan perniagaan.