| Tarikh : 14 OKTOBER 2025 Masa : 3.00 Petang -5 .00 Petang Lokasi : NADI GERIK Peserta : PELAJAR |
Tujuan:
Memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya dan kesan buli siber terhadap emosi serta kesejahteraan mental individu.Mendidik peserta agar beretika semasa menggunakan media sosial dan platform digital.Menggalakkan peserta untuk berfikir secara bijak sebelum menaip atau berkongsi mesej di ruang siber.Mewujudkan persekitaran digital yang selamat, sopan dan saling menghormati dalam kalangan pengguna internet.
Aktiviti:
Penerangan tentang maksud buli siber, bentuk-bentuknya dan contoh kes sebenar.Tayangan video pendek berkaitan kesan buli siber terhadap mangsa.Ujian ringkas untuk menguji kefahaman peserta tentang etika komunikasi di media sosial.Peserta diberi peluang berkongsi pandangan dan pengalaman serta bertanya soalan kepada penceramah.
