mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2026:NADI PRENEUR/EMPOWERHER (LIVE WEBINAR) PEMASARAN

Tarikh      : 05 Februari 2026
Masa       : 10.00 Pagi– 12.00  Tengahari
Lokasi     : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik
Peserta   : Komuniti

Tujuan
Program NADI Preneur / EmpowerHer (Live Webinar) Pemasaran dilaksanakan bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran peserta, khususnya golongan wanita dan usahawan mikro, dalam bidang pemasaran digital dan strategik. Program ini bertujuan untuk menyokong agenda pemerkasaan ekonomi komuniti setempat melalui keusahawanan.Memberi pendedahan kepada konsep dan strategi asas pemasaran yang berkesan.Meningkatkan kefahaman peserta tentang penggunaan platform digital sebagai medium pemasaran perniagaan.Membantu peserta membina jenama, mengenal pasti sasaran pelanggan dan meningkatkan daya saing produk atau perkhidmatan.Menggalakkan penggunaan ilmu pemasaran secara praktikal bagi meningkatkan jualan dan kelestarian perniagaan.

Aktiviti

Pengenalan kepada Asas Pemasaran
Penceramah menerangkan konsep asas pemasaran, kepentingan pemasaran dalam perniagaan dan trend pemasaran semasa.

Perkongsian Strategi Pemasaran Digital
Peserta didedahkan kepada teknik pemasaran melalui media sosial, kandungan digital dan penjenamaan dalam talian.

Pengenalan Sasaran Pelanggan & Jenama
Aktiviti penerangan mengenai cara mengenal pasti pelanggan sasaran serta membina identiti dan nilai jenama.

Sesi Perkongsian Pengalaman & Kajian Kes
Penceramah berkongsi contoh sebenar dan amalan terbaik dalam pemasaran perniagaan kecil dan sederhana.

Sesi Soal Jawab Secara Langsung
Peserta berpeluang mengemukakan soalan dan mendapatkan pandangan serta cadangan secara terus daripada penceramah.

Gambar Di sini