| Tarikh : 15 Januari 2026 Masa : 02.30 Pagi– 04.30 Petang Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gerik Peserta : Komuniti |
Tujuan
Program Cybersecurity ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat dalam persekitaran digital masa kini. Melalui webinar “Ancaman Siber Dalam Dunia Digital”, peserta diberi pendedahan tentang pelbagai bentuk jenayah siber seperti penipuan atas talian, pencerobohan akaun, kecurian maklumat peribadi serta ancaman perisian berbahaya.
Program ini juga bertujuan membentuk kesedaran dan tanggungjawab peserta dalam penggunaan teknologi digital dan media sosial. Penekanan diberikan kepada amalan keselamatan siber termasuk pengurusan kata laluan yang berkesan, penggunaan pengesahan dua faktor, serta langkah perlindungan data peribadi bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti
Webinar atas talian bertajuk “Ancaman Siber Dalam Dunia Digital”.Penerangan berkaitan jenis dan bentuk ancaman siber semasa.Perkongsian langkah-langkah perlindungan data dan akaun digital.Pendedahan tentang keselamatan penggunaan media sosial dan internet.Sesi interaksi dan soal jawab bersama peserta.Perbincangan ringkas mengenai langkah pencegahan ancaman siber dalam kehidupan seharian
